“Pembayaran pinjaman sebaiknya tidak boleh melebihi 40 peratus dari pendapatan kasar bulanan anda”


Pada waktu yang tertentu di dalam hidup kita, kebanyakan dari kita akan berhadapan untuk mengambil pinjaman di dalam jumlah yang besar, samada untuk membiayai pembelian kereta atau membeli sebuah rumah idaman. Kemudahan mendapatkan pinjaman ada kemungkinan menguntugkan dan ada juga keburukannya. Berhutang ada kebaikannya jika kita menggunakannya dengan berhati-hati dan bertanggung-jawab. Jika tidak, ia akan dengan mudah membawa kita ke perangkap berhutang yang susah kita elakkan.

Yang penting apabila kita membuat pinjaman, kita dapat menguruskannya dengan baik. Pengurusan seperti manakah yang diperlukan untuk orang perseorangan?. Satu cara untuk mengetahuinya adalah dengan melihat pada berapakah yang diperlukan setiap bulan untuk membiayai semula pinjaman, dan mengetahui bagaimanakah impak yang mendatang untuk membiayai semula pinjaman.

Pada anggaran, setiap pembayaran pinjaman tidak boleh melebihi 40 peratus dari pendapatan kasar bulanan anda. Juga selepas membuat penolakan untuk cukai dan KWSP, ini akan memberi anda sebanyak 25 ke 30 peratus dari pendapatan kasar bulanan anda yang mana akan memberi keselesaan untuk menampung keperluan perbelanjaan keperluan anda dan isi-rumah anda setiap bulan.

Bagaimana pula pembayaran kad kredit?

Jika anda menggunakan kad kredit untuk membiayai perbelanjaan keperluan isi-rumah dan menyelesaikan pembayaran bil setiap bulan, ini bukanlah termasuk di dalam pembayaran pinjaman.. Jika anda menggunakan kad kredit untuk memiliki sesuatu yang mahal bersama niat untuk membayar semula di dalam masa beberapa bulan, ini sepatutnya termasuk di dalam pembayaran pinjaman.

Disebabkan kadar faedah yang tinggi apabila menggunakan kad kredit, anda sepatutnya membayar semula secara penuh setiap masa. Jika baki kad kredit anda masih lagi berbaki, anda sepatutnya melangsaikan baki tersebut di dalam masa 3 bulan.

Walaupun penggunaan kad kredit memberikan pelbagai kemudahan terutamanya sebagai pengganti wang tunai, ia boleh dengan mudah disalah guna. Di AKPK terdapat kes-kes yang bernilai melebihi RM 500 juta jumlahnya dari pengguna-pengguna yang menanggung hutang, separuh dari nilai tersebut adalah di sebabkan oleh kegagalan untuk membayar semula hutang kad kredit.

Paling penting, elakkan mengguna pinjaman jangkamasa pendek seperti kad kredit dan kemudahan overdraf yang mengenakan faedah yang tinggi, di mana akan mengambil masa yang panjang dari 6 bulan untuk dibiayai semula.

Pastikan anda bijak memilih kemudahan pinjaman yang disediakan untuk anda. Ini kerana setiap produk pinjaman telah di reka untuk tujuan tertentu. Secara asasnya, jika tinggi risiko pinjaman, maka tinggi jugalah kadar faedahnya. Dan pinjaman jangkamasa pendek lebih tinggi kos faedahnya berbanding yang bertempoh panjang.

Pinjaman yang mempunyai aset sebagai jaminan seperti kereta atau rumah, mempunyai risiko yang rendah untuk pihak bank, kerana aset tersebut dapat dijual semula untuk menampung kembali jumlah tertangguh apabila pihak meminjamm gagal untuk membiayai semula jumlah pinjaman. Sebab itulah kenapa pinjaman yang tidak mempunyai jaminan, yang tidak mempunyai aset, mempunyai kadar faedah yang tinggi seperti pinjaman peribadi atau kad kredit. Sebagai contoh, faedah pinjaman gadaijanji rumah boleh serendah 6.5 peratus setahun, berbanding dengan faedah tahunan untuk kad kredit yang berada pada kadar 18 peratus.

Pinjaman jangkamasa panjang, seperti pembelian rumah, bagaimanapun boleh mendedahkan peminjam kepada perubahan kadar faedah. Ini kerana kebanyakkan pinjaman perumahan mengenakan pelbagai variasi kadar faedah, yang bergerak bersama dengan pertukaran asas pinjaman bank (Base Lending Rate, BLR). Jika anda ingin memiliki rumah dengan penjaman perumahan dan berfikir bahawa haluan kadar faedah akan tinggi pada jangkamasa panjang, oleh itu lebih baik anda mendapatkan pinjaman perumahan tersebut pada kadar faedah yang tetap (fixed interest rate).

Untuk pinjaman jangkamasa sederhana, kebiasaannya pihak bank menawarkan pinjaman ini untuk sewabeli pengangkutan seperti kereta. Kebanyakan pinjaman sewabeli kenderaan yang disediakan, adalah berbeza dengan pinjaman yang biasa di dapati iaitu faedah yang dikenakan. Disebalik pada pengiraan faedah dibuat pada baki pinjaman selepas pembayaran bulanan pinjaman, pinjaman sewabeli pula mengenakan faedah kadar rata (flat interest rate) pada jumlah asas pinjaman untuk sesuatu jangkawaktu pinjaman.

Jadi, jika pinjaman sewabeli yang mengenakan 5% kadar faedah untuk jangkamasa 5 tahun, bermakna mengumpul jumlah 25% faedah pinjaman dari kadar asas pinjaman. Jika pinjaman tersebut untuk jagkamasa 10 tahun pula, mengumpul kepada 50% faedah untuk di bayar semula. Untuk di ilustrai, jika anda meminjam RM 50,000 di bawah pinjaman sewabeli pada kadar faedah 5%, anda perlu membayar semula sebanyak RM 62,500 untuk tempoh 5 tahun dan RM 75,000 untuk tempoh 10 tahun – pada perbezaan RM 12,500.

Kesannya, ini bermakna bahawa 5% faedah setahun untuk 5 tahun bagi pinjaman sewabeli berbanding dengan 9.15% faedah setahun untuk pinjaman yang boleh di dapati.

Ada masanya anda berfikir untuk melanjutkan tempoh bayaran atau sewabeli pinjaman bagi menikmati pembayaran pinjaman yang rendah, untuk membuat anda mampu membuat bayaran bulanan. Tapi anda perlu beringat bahawa anda sebenarnya pada akhirnya perlu membayar lebih jumlah faedah. Jika begini, apabila berurusan dengan pihak bank, tanyakan berapakah jumlah keselurahan pinjaman tersebut termasuk bayaran yuran perkhidmatan dan bayaran kos operasi.

Anda perlu ambil perhatian kepada apa yang anda mahu miliki supaya ianya tidak menjadi sesuatu yang mengejutkan pada hari yang akan datang. Apa yang anda tidak mahu terjadi ialah berakhir dengan masih lagi meminjam kepada pihak bank, sedangkan anda perlu menjual semula kenderaan anda dipertengahan tempoh bayaran pinjaman, kerana dari porses penjualan kenderaan tersebut, masih lagi tidak mampu menampung jumlah penuh baki pinjaman sewabeli anda.

Kesalahan Kebiasaan Apabila Berhutang

· Atas dasar kemahuan, bukan keperluan.

Keistimewaan meminjam adalah untuk memudahkan untuk berjimat cermat. Jangan keliru dengan apa yang yang anda mahukan dengan apa yang anda perlu.

· Tidak sedar samada mampu untuk mambayar ansuran bulanan.

Perlu mengetahui apakah jumlah perbelanjaan bulanan anda. Jika baki lebihan mencukupi untuk membayar pinjaman yang lain, maka anda perlulah menilai semula yang manakah perlukan keutamaan.

· Tidak mengetahui kos sebenar pinjaman.

Perlu selalu mengambil pertimbangan ke atas fee tambahan dan caj yang akan bertambah untuk kos pinjaman.

· Tabungan tidak sepadan dengan aset.

Adakah anda membuat bayaran pendahuluan untuk membeli sebuah kenderaan baru dengan menggunakan kad kredit?. Pada kajian yang telah di buat, jika anda membuat bayaran semula kad kredit pada jumlah baki minima, ia memerlukan selama tujuh tahun untuk melunaskan jumlah kedit tersebut – jika buat andaian anda tidak menggunakan kad kredit selama tempoh tersebut.

· Tidak membuat bayaran semula pada waktunya.

Kebanyakkan bank mengenaan caj dan denda kelewatan bayaran, di mana akan menambah jumlah keseluruhan pinjaman jika baki jumlah perlu bayar masih tertunggak.

Mengeluarkan wang dari satu kad kredit ke kad kredit yang lain juga boleh menambahkan caj faedah dengan cepat kerana caj faedah bermula dari waktu wang tersebut dikeluarkan sehingga anda selesai membayar semula jumlah keseluruhan kad kredit anda.

NST, May 21, 2008 – Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK)

About these ads