banner-esudokuiz

Sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2009  (MSAM), Permodalan Nasional Barhad (PNB) telah menganjurkan Peraduan e-Kuiz berbentuk permainan silang kata bernombor atau lebih dikenali sebagai Sudoku.

Kuiz ini di bahagikan kepada 6 siri dan siri pertama telah pun bermula pada 17hb Februari 2009 dan Siri 2  akan bermula pada 24hb Februari 2009 dan seterusnya.

Penyertaan ini adalah terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur 13 tahun ke atas dan anda dikehendaki menyelesai satu permasalah Sudoku dan juga 10 soalan kuiz pada setiap Siri 1 hingga Siri ke 6. Dan pada Siri 6, anda juga perlu melengkapkan satu slogan yang tidak melebihi 20 patah perkataan.

Hadiah:

  • Johan : Unit ASN3 bernilai RM7,000
  • Kedua : Unit ASN3 bernilai  RM6,000 x 2 pemenang
  • Ketiga : Unit ASN3 bernilai  RM5,000 x 2 pemenang
  • Keempat : Unit ASN3 bernilai  RM4,000 x 2 pemenang
  • Kelima : Unit ASN3 bernilai  RM3,000 x 3 pemenang
  • Keenam : Unit ASN3 bernilai  RM2,000 x 3 pemenang
  • Ketujuh : Unit ASN3 bernilai  RM1,000
  • Kelapan : Unit ASN3 bernilai  RM1,000
  • Kesembilan : Unit ASN3 bernilai  RM1,000 dan
  • Kesepuluh : Unit ASN3 bernilai  RM1,000

Untuk keterangan lebih lanjut, sila ke PNB e-SudoKuiz.

Selepas kita telah melepasi kegawatan kenaikan harga petrol, kini kita sudah mula untuk menghadapi satu lagi kegawatan. ”Kegawatan apa pula ni?. Ini dah jadi lepas mulut buaya, masuk mulut naga pula”.

Selepas kita mengalami kegawatan ekonomi global yang teruk pada sekitar tahun 1996 sehingga sekitar tahun 1997, kini kita bakal dan akan menghadapinya sekali lagi pada Tahun Baru yang baru sahaja kita sambut hari ini iaitu tahun 2009. Saya masih ingat lagi pada kegawatan ekonomi yang lepas seperti saya sebutkan tadi. Ia adalah tahun-tahun yang sangat memeritkan. Saya pasti anda juga mengetahui bagaimana keadaannya pada waktu-waktu itu. Cuba anda bayangkan, (more…)

Apakah yang akan semakin bertambah dan tidak akan berkurangan?. Selain dari umur anda, harga barangan dan perkhidmatan kemungkinan jawapannya.

Kebelakangan ini, ramai yang merunggut berkenaan kenaikan harga makanan dan harga petrol di pasaran dunia. Dengan kenaikan harga barangan berbanding dengan sumber pendapatan yang tidak makin bertambah, adalah penting untuk kita mempelajari bagaimana untuk menangani keadaan ini dengan lebih cermat.

Apa yang dimaksudkan lebih cermat

Kita kemungkinan tidak gemar untuk lebih cermat pada kehidupan harian kita, tetapi kita akan perlu bercermat pada masa kini dan juga pada masa akan datang. Jika kita tanya pada nenek moyang kita kepada perkara ini, mereka akan mengatakan bahawa cara hidup mereka pada masa lalu bersangkut paut dengan perkataan ini.

Kehidupan manusia pada masakini yang dapat memiliki pendapatan yang lebih baik berbanding dengan nenek moyang mereka tetapi ada kalanya kita selalu kekurangan wang, jika begini bagaimana untuk menyimpan.

Ini tidaklah memeranjatkan kerana pada masa dahulu anda boleh membeli semangkuk mee dengan berharga 5 sen padahal pada masa kini sekiranya anda memberi 5 sen tersebut (more…)

“Pembayaran pinjaman sebaiknya tidak boleh melebihi 40 peratus dari pendapatan kasar bulanan anda”


Pada waktu yang tertentu di dalam hidup kita, kebanyakan dari kita akan berhadapan untuk mengambil pinjaman di dalam jumlah yang besar, samada untuk membiayai pembelian kereta atau membeli sebuah rumah idaman. Kemudahan mendapatkan pinjaman ada kemungkinan menguntugkan dan ada juga keburukannya. Berhutang ada kebaikannya jika kita menggunakannya dengan berhati-hati dan bertanggung-jawab. Jika tidak, ia akan dengan mudah membawa kita ke perangkap berhutang yang susah kita elakkan.

Yang penting apabila kita membuat pinjaman, kita dapat menguruskannya dengan baik. Pengurusan seperti manakah yang diperlukan untuk orang perseorangan?. Satu cara untuk mengetahuinya adalah dengan melihat pada berapakah yang diperlukan setiap bulan untuk membiayai semula pinjaman, dan mengetahui bagaimanakah impak yang mendatang untuk membiayai semula pinjaman.

Pada anggaran, setiap pembayaran pinjaman (more…)

Setelah sekian lama, rakyat Malaysia telah memandu dengan selesa di jalanraya disebabkan bebas menggunakan petrol yang disabsidikan oleh kerajaan tanpa menyedari dan mengambil tahu akan kenaikan harga ’emas hitam’ di pasaran dunia.

Namun keadaanya berubah apabila pada hari Rabu yang lepas (04 Jun, 2008), kerajaan telah mengumumkan harga petrol di negara kita, pada kenaikan 40% , iaitu dari RM 1.92 kepada RM 2.70 seliter dan menjadikan rakyat Malaysia di dalam keadaan kecemasan seperti ianya menjadi satu masalah yang besar kepada ekonomi pengguna.

Sebaik sahaja pengumuman tersebut dibuat, pelbagai komen dan cadangan serta kenyataan yang kurang sedap didengar dibuat oleh rakyat Malaysia, samada dari percakapan sesama mereka di pejabat, di gerai-gerai makan, dari media multimedia seperti radio dan TV, malah dari sumber internet seperti yang terpaling popilar dari media Blog.

Sebenarnya saya tidak terkejut kepada komen-komen dan kritikan yang saya baca dan dengar dari sumber-sumber yang saya sebutkan tadi kerana semua telah sedia maklum bahawa pada hari Rabu tersebut akan ada pengumuman dan keputusan kerajaan untuk menagani kenaikan harga petrol sedunia. Cuma (more…)

Kali ini kita akan membincangkan bagaimana untuk mengurus pinjaman kita, terutama gadaijanji perumahaan dan sewabeli kereta, dimana kemungkinan akan menjadikan jumlah pinjaman kita yang besar. Pada akhirnya, kita akan boleh mengharungi kehidupan dengan aman dan bebas dari tekanan dibebani hutang.

Perlukah kita membuat pinjaman?

Sekarang kebanyakan dari anda mungkin berfikir dengan persoalan yang tidak masuk oleh akal dan berkata-kata “Apa, awak harapkan saya memiliki sebuah rumah dan kenderaan dengan membayar dengan apa?.

Tetapi sebelum anda mengelak untuk membaca mukasurat ini, mari kita cuba untuk memahami secara asas untuk membuat pinjaman.

Pertama sekali, kita perlu untuk mengelak iaitu “Peminjam adalah hamba kepada pemberi pinjam”. Wah, adakah anda mengelak dari kenyataan ini?.

Apabila kita meminjam, (more…)

Pepatah Melayu ada mengatakan “ukur baju dari badan” yang bermaksud mungukur baju dari bahu kita sendiri. Ini juga bersamaan mengatakan kita perlu berbelanja mengikut kemampuan kita sendiri.

Kita telah sedia maklum bahawa dengan adanya perancangan belanjawan untuk berbelanja, untuk kita tidak akan merasa bersalah atau terkilan pada tindakan kita nanti.

Apa yang utama dan penting (more…)

  • Get the Forex Currency Converter widget and many other great free widgets at Widgetbox!