Jika anda campak seekor katak ke dalam sebuah bekas air yang berisi air panas, katak tersebut akan melompat keluar. Tapi jika anda letak katak tersebut kesebuah bekas yang mengandungi air yang suam-suam panasnya dan kemudia mula beransur-ansur memanaskan bekas tersebut, katak tersebut tidak akan melopat keluar. Ini adalah kerana katak tersebut dapat menerima perubahan suhu persekitaran beliau. Walaubagaimanapun jika air di dalam bekas tersebut mula mencapai kepada suhu yang akan menggelegak, katak tersebut akan mati tentunya. Ini dipanggil “Sindrom Katak”.

Sindrom ini telah lama meluas di gunakan bersama inflasi. Kita telah lama dibesarkan bersama inflasi sekian lama bertahun-tahun. Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna mendatangkan masalah kepada kewangan kita jika kita terus mengabaikannya.

Satu Kajian

En. Kamal yang berusia 50 tahun sekarang dan pernah menguruskan sebuah syarikat pembekalan barangan kimia yang sangat berjaya. Pada tahun lepas, beliau telah menjual syarikat tersebut kepada sebuah syarikat multi-nasional yang bernilai RM 3 juta untuk memulakan persaraan beliau.

Disebabkan mempunyai mpengalaman kepada kerugian apabila melaburkan sebahagian modal kewangan beliau di pasaran saham, belaiu bercadang untuk tidak melaburkan sebahagian wang wang tersebut. Sebaliknya belaiu menyimpan RM 3 juta tersebut ke akaun simpanan tetap untuk mendapat keuntungan ke atas faedah simpanan beliau.

En. Kamal percaya beliau dapat hidup dengan senang jika menikmati faedah tersebut pada jangkamasa yang panjang dan dapat menyerahkan RM 3 juta tersebut kepada anak-anak beliau jika sesuatu terjadi kepadanya. Pada pengiraannya, faedah yang akan di dapati dari simpanan tetap beliau adalah lebih kurang RM 120,000 setahun (RM 3 juta x 4% kadar faedah setahun).

Dia percaya dengan keuntungan RM 120,000 setahun yang beliau perolehi dapat menampung keperluan beliau selama mana yang dia mahu, asalkan RM 3 juta beliau tidak terusik di simpanan tetap.

Apa pendapat anda kepada perancangan persaraan En. Kamal?. Adakah anda setuju dengan perancangan beliau?. Tdak adakah masalah kepada perancangan persaraan beliau?.

Permasalahan

Perancangan persaraan En. Kamal adalah contoh yang selalu diamal oleh kita untuk mencapai kebahagian tanpa memikirkan kesan inflasi kepada beliau.

Pada perancangan beliau, inflasi tidak ujud. Beliau menganggap RM 120,000 akan terhasil dari faedah simpanan tetap akan berterusan selama 10 tahun atau 20 tahun akan datang.

Baiklah, kita anggapkan secara purata kadar inflasi adalah 6% setahun dan kadar faedah dari simpanan tatap adalah 4% setahun pada masa terkini. Jika kita memulakan modal simpanan kita sebanyak RM 3 juta pada masa kini, memanglah nilainya RM 3,000,000 walaupun kita tahu apabila matangnya simpanan tetap tersebut ia akan bernilai RM 3,120,000 (RM 3,000,000 campur RM 120,000 dari faedah simpanan tetap). Tetapi jika simpanan tersebut telah matang selama 12 tahun bagaimana pula?. Masih RM 3,000,000 juga kah?. TIDAK ! .

Sebenarnya nilainya telah menjadi hanya RM 1,500,000 sahaja dan faedah simpanan yang didapati hanya RM 60,000 sahaja. Ia telah susut 50%.

Dengan kata lain, anda dapat RM 3,000,000 dan kemudian simpan, kemudian setelah 12 tahun anda keluarkan kembali simpanan tersebut pada kadar inflasi 6%, ia telah telah susut 50%. Dan jika anda teruskan lagi simpanan tersebut kepada 24 tahun, ia akan susut 50% lagi. Jadi inilah kesan dan kekurangan daripada inflasi, ia menyusutkan kemewahan dan kebahagian anda.

Jika En. Kamal meninggal dunia pada usia 86 tahun, beliau hanya meninggalkan kemewahan beliau sebanyak RM 375,000 sahaja daripada yang bernilai RM 3,000,000.

Sebenarnya kita mahu mengganti pendapatan kita dapati ini dengan melabur kepada pelaburan yang akan mendapat keuntungan. Perbezaannya adalah, bila kita mahukan keuntungan tersebut. Ada yang mahukan sekarang, seperti En. Kamal kerana beliau telah pun memulakan persaraan beliau. Yang lain pula tidak mahukan keuntungan pada masa 10, 20 atau 30 tahun.

Jadi, anggarkan pendapatan dari pelaburan adalah untuk dapat mencapai halatuju anda pada masa hadapan nanti. Pada contoh seperti En. Kamal, keuntungan 4% dari RM 3 juta sebanyak RM 120,000 setahun. Tetapi dengan kadar inflasi 6% setahun, setelah 12 tahun nilai kewangan yang beliau boleh dapat hanya separuh pada nilai pada masa kini.

Dengan kata lain, jika anda membeli secawan teh tarik hari ini pada harga RM 1, tetapi pada 12 tahun yang akan datang anda membeli secawan teh tarik yang sama pada harga RM 2.

Keputusannya, pendapatan RM 120,000 anda hanya bernilai separuh sahaja pada 12 tahun yang akan datang. Apabila En. Kamal mencapai umur 74 tahun, kuasa membeli beliau telah menurun separuh lagi nilainya. Jika En. Kamal dapat mencapai umur beliau pada 86 tahun, beliau hanya mendapat kuasa membeli sebanyak satu per lapan sahaja.

Permasalahan inflasi adalah sangat penting dan walaupun kadar inflasi adalah tidak tetap, kadang-kadang naik dan kadang-kadang turun, ia tak akan hilang selamanya. Ia akan kembali dari kadar yang rendah kepada kadar yang tinggi. Malah, lagi lama ia ada pada kadar yang tinggi, kuasa membeli adalah berkurangan dan risiko kepada pelaburan adalah lebih tinggi akan kita hadapi kerana seperti En. Kamal akan hadapi kenan beliau telah tersalah taksir kepada kesan inflasi.

Alternatif Penyelesaian

  • Pengetahuan mengenai kesan kepada inflasi

Tukar cara pemikiran anda. Cari punya kebarangkali inflasi yang akan anda hadapi dan memahami akan masalah yang akan dihadapi kepada perancangan kewangan anda. Tanpa melihat permasalahan ini, anda akan tidak bertidak kepada keperluannya.

  • Mengenal pasti waktu persekitaran pelaburan anda

Ramai yang memikirkan bahawa waktu persekitaran pelaburan mereka adalah bersamaan dengan perbezaan antara persekitaran pada masa kini dan persekitaran pada persaraan mereka nanti.

Jadi, apabila anda berumur dan memulakan persaraan pada umur 55 tahun, adakah pada fikiran anda persekitaran pelaburan persaraan anda adalah 5 tahun?. Sebenarnya, anda akan gagal jika anda tidak mengambil kira kesan inflasi dari pertimbangan dari perancangan persaraan jika anda berfikir anda mempunyai masa yang suntuk pada pelaburan anda nanti.

Sebenarnya inflasi akan berterusan pada masa persediaan persaraan anda nanti. Keputusannya, jika anda meninggal dunia pada umur 80 tahun, waktu persekitaran pelaburan anda nanti adalah 30 tahun sebenarnya. (80 – 50 = 30)

  • Melabur untuk mengelak kerugian dari inflasi

Setelah anda telah mengenal pasti waktu persekitaran pelaburan anda, sekarang anda perlulah melaburkan sebahagian kewangan anda kepada pelaburan jangkamasa panjang (long term investment) yang akan cepat menampung semula kesan inflasi. Sebagai contoh, melabur kepada pelaburan hartanah dan ekuiti. Anda tidak perlu melabur semua pelaburan anda kepada pelaburan ini. Dengan ini anda dapat menampung semula kesan inflasi dengan cepat setelah mengambil kira kesemua keperluan kewangan anda.

  • Mendapat khidmat nasihat

Jika anda tidak pasti untuk mengurus pelaburan anda, anda boleh mendapatkan nasihat dari mereka yang mahir dan profesional untuk mengurus pelaburan kewangan anda. Lantiklah dan pilih dari mereka yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti seperti di syarikat-syarikat pengurusan saham atau tabung amanah.

Diambil dari -“NST, 6 Januari, 2008 – Yap Ming Hui (Whitman Independent Advisor Sdn Bhd)”