Pepatah Melayu ada mengatakan “ukur baju dari badan” yang bermaksud mungukur baju dari bahu kita sendiri. Ini juga bersamaan mengatakan kita perlu berbelanja mengikut kemampuan kita sendiri.

Kita telah sedia maklum bahawa dengan adanya perancangan belanjawan untuk berbelanja, untuk kita tidak akan merasa bersalah atau terkilan pada tindakan kita nanti.

Apa yang utama dan penting untuk mempunyai perancangan untuk berbelanja. Tanpa perancangan, anda akan berbelanja mengikut dorongan hati. Kita tidak dapat mengelak untuk berbelanja mengikut dorongan hati dan ia tidak salah. Walau bagaimanapun, jika ia menjadi amalan harian anda dari yang anda jangkakan, anda perlulah memikirkannya kembali kepada sifat buruk tersebut.

Sebagai contoh, jika anda bercadang untuk membeli sepasang baju baru untuk meraikan perayaan yang akan menjelma nanti, anda perlulah membuat persediaan yang awal dengan membeli-belah di sesuatu perayaan jualan besar-besaran atau semasa adanya jualan murah di sesuatu masa seperti jualan gudang atau jualan penghabisan stok contohnya.

Jika anda membeli sekaki payung pada setiap kali hari telah hujan, anda bukan saja membeli banyak payung malah anda perlu membayarnya pada harga yang lebih mahal.

Ini juga ada baiknya untuk merancang belanjawan anda untuk persediaaan kepada perkara yang tidak anda jangkakan seperti untuk membaiki pulih kereta anda, untuk membaik pulih rumah anda dan lain-lain. Jika kita menyediakan perkara ini, akan serba sedikit dapat membebankan kita nanti apabila belanjawan kita telah lari dari sasarannya.

Membanding Harga

Adakah anda menjadikan tabiat anda untuk bersiar dahulu di kedai (window shopping) sebelum membeli sesuatu barangan atau anda terus membeli sesuatu barangan tersebut ?. Mungkin ada yang merungut dan mengatakan bahawa membuang masa untuk bersiar-siar dahulu di sesuatu kedai atau pasaraya sebelum membeli sebotol minyak masak atau membeli sekotak ubat gigi.

Benar. Sebab itu anda perlu menjadi seorang pengguna yang bijak. Anda perlu merancang sebelum membeli sesuatu barangan dan menyenaraikan barangan yang perlu dibeli dan mempunyai senarai harga barangan perlu. Anda perlu mempunyai sebuah buku senarai harga untuk menyenaraikan harga-harga barangan yang selalu anda beli dan tahu di kedai manakah yang mempunyai harga yang berpatutan.

Sebagai contoh, jika kedai A menjual pada harga yang rendah pada barangan keperluan anda semasa anda berbelanja pada hari kebiasaaan, perlulah anda berbelanja lagi disana pada hujung minggu nanti. Walau bagaimanapun jika kedai B mempunyai harga yang lebih murah pada hari hujung minggu dan anda hanya mempunyai masa yang terluang pada hari tersebut untuk membeli-belah barangan keperluan mingguan, perlulah anda berbelanja disana.

Yang penting disini adalah mempunyai senarai barangan untuk berbelanja dan mempunyai sebuah buku senarai harga dan tetapkan pendirian anda kepadanya. Pada hakikatnya, anda boleh menjadikan keseluruh kaedah ini sebagai satu aktiviti yang menyeronokan untuk seisi keluarga anda dengan melibatkan anak-anak untuk membantu anda untuk membuat tinjauan harga pada setiap kali mereka turut serta membeli-belah bersama anda.

Setiap ahli keluarga anda bolehlah kemudian membandingkan senarai0senarai harga barangan dan mengenalpasti dimana anda dapat membeli pada harga yang lebih murah di kedai persekitaran anda. Perkara ini bukan saja untuk anda membandingkan harga, malah dapat mendidik anak-anak anda kepada nilai sesuatu sumber kewangan.

Barangan Berjemana

Apa ada pada nama?. Segalanya. Ia lebih bernilai dari barangan itu sendiri, dan anda sebagai pengguna, kita akan cenderung untuk memiliki jenama yang kita lebih percayai. Perkara in bagus dan elok tetapi apabila kita akhirnya membeli barangan yang berjenama yang kita tidak perlukan atau yang kita tidak mampu miliki dan akan mendatangkan masalah.

Ada antara sebahagian dari kita membeli barangan berjenama kerana terpengaruh kepada imej yang ditunjukkan dan perasaan yang ditunjukkan oleh iklan-iklan tertentu dan bukan disebabkan kita perlu memilikinya. Sebagai pengguna yang bijak, kita ada masanya akan melihat sesuatu jenama dan perlu bertanyakan pada diri kita sendiri : “Adakah aku perlu memilikinya?”, “Adakah berbaloi untuk memilikinya?” dan “Adakah aku mampu memilikinya?.

Jangan membeli sesuatu barangan berjenama apabila terpengaruh dengan imej atau apabila melihat rakan anda telah memiliki, tetapi keatas kesungguhan dan kebaikan kepada diri anda dari barangan tersebut.

Membeli Barangan Terpakai

Pemikiran untuk membeli barangan terpakai kadang-kadang tidak diendahkan oleh sesetengah orang tetapi sebenarnya kaedah ini cara terbaik untuk anda meneruskan pengurusan kewangan anda. Contohnya, membeli kereta baru. Selalunya, pemilik kereta yang baru akan alami kerugian antara 10 hingga 20 peratus susutnilai kereta semasa kenderaan tersebut mula keluar dari bilik pameran kereta. Jika pemilik tersebut menjualnya selepas 3 tahun, beliau akan mendapat 30% sahaja dari nilai sebenar kereta tersebut semasa beliau membelinya, itupun jika beliau bernasib baik. Cuban bayangkan jika anda memiliki kereta tersebut dari beliau…… anda seperti mendapat diskaun dari beliau dan tidak dari penjual kereta baru.

Ye betul, anda tidak akan mendapat bau “getah” baru pada kereta terpakai tersebut, tetapi perlukah “bau” tersebut?. Ia masih menguntungkan anda jika kereta tersebut masih diselenggara dengan baik, bebas dari kemalangan dan mendapat diskaun yang banyak.

Lagi satu contoh yang baik adalah untuk anda tidak perlu membeli adalah barangan keperluan bayi, terutamanya pakaian dan permainan. Setengah dari kita akan memandang rendah kepada idea tersebut tetapi ia sebenarnya ia satu yang kebiasaaan dilakukan. Pakaian bayi sebenarnya tidak murah harganya dan bayi anda hanya memakainya pada jangkamasa yang pendek apabila beliau semakin membesar dengan cepat. Adalah lebih ideal untuk anda untuk memilikinya dengan cara mendapatnya dari kedai-kedai barangan terpakai atau anda juga boleh meminjam pakaian bayi tersebut dari rakan-rakan anda atau dari saudara-saudara anda sendiri.

Membeli barangan terpakai boleh juga dikatakan apabila anda beli yang baru dari jualan kilang yang menjual barangan yang telah cacat sedikit semasa pembuatannya dan dari kilangyang membuat jualan penghabisan stok.

Kecuali anda adalah dari golongan selebriti atau dari golongan yang berkepentingan, anda tidak perlulah untuk dilihat untuk memiliki fesyen yang terbaru atau memiliki telepon bimbit model terbaru, jam tangan yang cangih dan sebagainya. Jika anda tidak berkeberatan untuk membeli barangan yang ‘tercacat’ sedikit, atau bukan yang terbaru, anda berpeluang untuk memiliki barangan tersebut pada harga yang lebih murah.

Banyak tempat yang boleh anda mendapatnya termasuk di rangkaian pengeluaran kilang, jualan gudang, kedai barangan terpakai dan dari pasar malam atau pasar lambak. Proses tawar-menawar akan pasti menyeronokan anda dan anda pasti dapat meningkatkan bakat tawar-menawar anda di sana nanti.

Ujian Untuk Bertenang

Membeli-belah boleh menjadikan anda ketagih dan agak sukar untuk mengelaknya. Simtom ini terjadi apabila kita membeli sepeti serangga mengigit. Kita menjadi tidak terkawal kerana keinginan hati telah mendahului dari pemikiran kita untuk memilikinya. Mungkin kita akan mengatakan bahawa disebabkan kita telah bekerja dengan kuat dan kita ingin memilikinya untuk kali ini sahaja. Akhirnya, akan memaksa kita untuk mengeluarkan apa yang ada di poket kita dan yang keluar adalah kad plastik.

Kita mungkin masih kuat untuk bekerja untuk menebuskan semula untukmembayarnya, tetapi fikiran kita yang akan penat sebenarnya. Walau bagaimanapun, satu cara yang efektif boleh di buat adalah untuk bertenang dahulu untuk memikirkannya.

Ini dapat dibuat terutama apabila kita mahu memiliki barangan seperti kereta baru, menukar perabut yang lama, membaik pulih rumah, membeli plasma/LCD TV atau home-theatre system.

Sebelum bersetuju untuk membeli barangan yang mahal ini, bertenang dahulu untuk memikirkannya kembali dan melihat kembali kepada belanjawan kewangan dan anda untuk melihat adakah pembelian tersebut termasuk kepada perancangan anda.

Berbincanglah dahulu dengan pasangan anda atau dengan ahli keluarga anda dan ambil masa yang anda perlu kerana apabila anda telah membelinya, bermakna anda telah memilikinya selamanya.

Apabila anda hendak membuat pembelian yang lain, tanyakan kepada diri anda : “Perlukan aku memilikinya?” , “Adakah ianya ada dalam perancangan kewangan aku?”, “Adakah berbaloi untuk memilikinya?”, “Boleh tak mendapatkannya dengan harga murah?” “Boleh tak aku mendapatkannya dari sumber barangan yang terpakai”.

Di ambil dari: “NST, Januari 6, 2008 – Agensi Kaunseling Dan Perancangan Kredit (AKPK)”