Kali ini kita akan membincangkan bagaimana untuk mengurus pinjaman kita, terutama gadaijanji perumahaan dan sewabeli kereta, dimana kemungkinan akan menjadikan jumlah pinjaman kita yang besar. Pada akhirnya, kita akan boleh mengharungi kehidupan dengan aman dan bebas dari tekanan dibebani hutang.

Perlukah kita membuat pinjaman?

Sekarang kebanyakan dari anda mungkin berfikir dengan persoalan yang tidak masuk oleh akal dan berkata-kata “Apa, awak harapkan saya memiliki sebuah rumah dan kenderaan dengan membayar dengan apa?.

Tetapi sebelum anda mengelak untuk membaca mukasurat ini, mari kita cuba untuk memahami secara asas untuk membuat pinjaman.

Pertama sekali, kita perlu untuk mengelak iaitu “Peminjam adalah hamba kepada pemberi pinjam”. Wah, adakah anda mengelak dari kenyataan ini?.

Apabila kita meminjam, adalah dikasihani oleh pemberi pinjaman dan kita perlu bekerja keras sepanjang hayat kita untuk menjelaskan segala hutang kita. Kita terpaksa mengorbankan segala masa kita untuk bersama yang kita sayangi dan melupakan segala kegemaran kita pada waktu lapang kerana kita mengambil masa yang panjang untuk bekerja.

Kenapa?. Kerana kita mempunyai tanggungjawab kepada pinjaman kita. Intipatinya, kebanyakan dari kita, tanpa mengira kedudukan, akan bekerja untuk sesebuah institusi perbangkan.

Kedua, kita sepatutnya “tidak melibatkan berhutang jika kita tidak menghargai sebuah nilai hutang”. Ini akan menjadi titik permulaan untuk anda yang bercadang untuk membuat sesebuah pinjaman.

Kita ambil sebuah contoh, kereta yang anda miliki. Pada masa kini, ramai golongan muda kita tidak sabar untuk memiliki sebuah kereta, dan bukan itu saja, malah kereta tersebut haruslah stylish dan sporty.

Ini sungguh menakjubkan bagaimana golongan lulusan universiti mampu untuk memiliki sebuah kenderaan baru, tetapi tunggu… anda tidak perlupun mambayar wang pendahuluan pada masa kini!, bawa keluar saja kenderaan tersebut dari bilik pameran kereta, dan biarkan proses jualbeli kenderaan berjalan.

Tahukan anda bahawa nilai kenderaan tersebut telah susut 10 hingga 20 peratus apabila sebaik sahaja kenderaan tersebut keluar dari bilik pameran?.

Jika anda “perlukan” sebuah kenderaan, belilah dengan TUNAI. Kalau tidak mampu, lebih baik anda menaiki LRT, bus atau menumpang kawan anda (ini dapat mengurangkan kesesakan lalulintas, bagus juga).

Ada pengeluar barangan yang ingin untuk menghabiskan stok pengeluaran mereka dan juga memberikan skim pinjaman yang menarik.

Anda harus membandingkan kos untuk meminjam dengan jumlah yang dapat anda buat dari simpanan pelaburan anda.

Walau bagaimanapun, kadar faedah dari jual-beli adalah tidak sama dengan kadar faedah dari simpanan wang anda. Garisan yang terbaik adalah mendapat dua kali ganda dari keuntungan pelaburan dari jumlah perlu bayar kepada pinjaman.

Jadi, ingatlah ntuk kadar pinjaman jual-beli, apa yang anda lihat adalah tidak sama dengan jumlah yang perlu anda langsaikan.

Adakah Anda Sudah Memiliki Rumah Kediaman

Sekarang, mari kita lihat kepada rumah idaman anda pula. Ia kemungkinan adalah merupakan sebuah lagi pinjaman yg besar bagi kebanyakkan dari kita. Kita haruslah mempunyai pertimbangan yang cukup untuk memilikinya.

Seperti yang kita fahami bahawa tidak ramai yang mempu membiayainya dengan cara tunai. Sebaliknya kita menggunakan kaedah 90/10 – 90 peratus melalui pinjaman dan 10 peratus melalui pembayaran pendahuluan samada dari simpanan sendiri atau melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membiayai sebuah rumah.

Kecuali anda membayar secara terus melalui tunai, anda tidaklah boleh mengatakan bahawa anda telah memilikinya. Anda mempunyai sebuah rumah tetapi tidak lagi memilikinya, serba sedikit tidak lagi. Secara amnya, pihak bank yang memiliki rumah anda tersebut, sebab itu pinjaman tersebut dipanggil gadaijanji, selagi anda tidak lagi membayar sepenuhnya jumlah pinjaman yang wajib anda bayar. Kemudian, barulah pemindahan hakmilik boleh diberikan kepad anda.

Untuk memiliki sebuah rumah, adalah jarang berlaku jika dibiayai dengan cara tunai, dan kebanyakan dibuat adalah melalui kaedah pinjaman. Ini adalah kerana kebanyakan kes, pertambahan nilai masa dan terikat kepada inflasi. Walau bagaimanapun, kita perlu memastikan bahawa bayaran ansuran bulanan yang perlu dibuat tidak akan membebankan kepada perkara-perkara yang penting yang perlu anda lakukan sepanjang hidup anda nanti. Ini adalah tidak bermakna kepada kita jika kita memiliki rumah impian tetapi masih terasa risau untuk memikirkan bagaimana untukmembayar ansuran pada bulan yang berikutnya yang mendatang.

Ingatlah tujuan dan matlamat kita iaitu hidup dengan aman dan bebas dari tekanan dan cengkaman dari beban hutang.

Lagi Cepat Lagi Bagus

Lagi awal kita dapat membayar gadaijanji perumahan kita, lagi cepat kita hidup dengan aman dan bebas dari tekanan hutang. Dalam proses ini, kita mampu untuk berjimat beribu ringgit dari pembayaran faedah (dimana anda mampu untuk memiliki kereta pula). Jadi, bagaimana pula caranya untuk kita mampu membiayai pembelian rumah dengan awal?. Mari kita dedahkan rahsianya….

Kebelakangan ini, kita melakukan pembayaran jangkamasa panjang yang telah dipersetujui oleh kita dengan pihak bank, jika 30 tahun bermakna 30 tahun anda ambil masa untuk menyelesaikan pinjaman tersebut.

Apabila masanya tiba, mungkin nilai rumah anda akan bernilai dua kali ganda dari nilai asal (begitu juga umur anda). Anda pasti bangga dengan pencapaian pelaburan anda yang telah dibuat pada 30 tahun yang lepas, tetapi setelah membuat kajian yang kehadapan, anda akan sedar bahawa anda telah membayar faedah yang besar, kalau tidak banyak pun adalah jumlah pinjaman yang anda buat untuk faedah tersebut (jumlah pembayaran faedah sama nilai dengan nilai pinjaman yang dibuat).

Untuk cara mudah, adalah nilai rumah anda itu sepatutnya boleh menampung semula jumlah faedah yang telah anda bayar pada masa lau. Jadi, jangan merasa gembira, kecuali anda membeli hartanah tersebut dengan harga RM50,000.00 pada masa dahulu dan ia bernilai setengah juta pada masa kini.

Muslihatnya untuk bebas dari hutang adalah membayar ansuran bulanan anda dengan awal yang boleh untuk mengelak dari membayar faedah yang banyak. Pada masa kini, pihak perbankan menawarkan pelbagai saranan bersama pelbagai siri dan penyesuaian untuk pinjaman. Anda harus berhati-hati memilih yang mana satukah bersesuaian dengan keperluan anda dan ambil juga perhatian kepad jangkamasa dan syarat-syarat, seperti denda dan sebagainya.

Ciri-ciri yang terbaik adalah membenarkan anda untuk membayar semula ansuran bulanan anda, pada apa juga jumlah dan pada bila-bila masa yang anda fikirkan dan pada kadar faedah yang bersaing, bersama kekurangan sekatan. Tetapkan dan cuba capaikan jangkamasa yang hendak anda buat untuk dapat membayar sepenuhnya pinjaman gadaijanji perumahan anda dan berjanji kepada diri anda untuk mencapainya.

Gunakan kesenua wang ‘Bonus’ tahunan anda bersama ‘Ang pow’ atau dengan buat lebih pembayaran bulanan anda dari yang sepatutnya dari yang telah dijadualkan oleh pihak bank. Dan pada tiba masanya nanti, anda bolehlah dikatakan “Aku telah emiliki rumah ini”. Wah! tentu menyeronokan.

Bebas Hutang, Beban Hilang

Kesimpulannya, jika kita boleh mencapai kebebasan dari hutang, kuat kemungkinan kita juga dapat bebas dari bebanan, sekurang-kurangnya bebas dari masalah kewangan. Untuk mencapai impian ini, amalkan perkara asas yang utama yang telah kita bincangkan di atas.

NST, Februari 10, 2008 – Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK)