Setelah sekian lama, rakyat Malaysia telah memandu dengan selesa di jalanraya disebabkan bebas menggunakan petrol yang disabsidikan oleh kerajaan tanpa menyedari dan mengambil tahu akan kenaikan harga ’emas hitam’ di pasaran dunia.

Namun keadaanya berubah apabila pada hari Rabu yang lepas (04 Jun, 2008), kerajaan telah mengumumkan harga petrol di negara kita, pada kenaikan 40% , iaitu dari RM 1.92 kepada RM 2.70 seliter dan menjadikan rakyat Malaysia di dalam keadaan kecemasan seperti ianya menjadi satu masalah yang besar kepada ekonomi pengguna.

Sebaik sahaja pengumuman tersebut dibuat, pelbagai komen dan cadangan serta kenyataan yang kurang sedap didengar dibuat oleh rakyat Malaysia, samada dari percakapan sesama mereka di pejabat, di gerai-gerai makan, dari media multimedia seperti radio dan TV, malah dari sumber internet seperti yang terpaling popilar dari media Blog.

Sebenarnya saya tidak terkejut kepada komen-komen dan kritikan yang saya baca dan dengar dari sumber-sumber yang saya sebutkan tadi kerana semua telah sedia maklum bahawa pada hari Rabu tersebut akan ada pengumuman dan keputusan kerajaan untuk menagani kenaikan harga petrol sedunia. Cuma (selanjutnya…)

Advertisements